aku baru je lepas hantar permohonan untuk program penerapan UiTM. so, sekarang ada free time, tetiba ada mood nak share cara-cara untuk memohon bagi yang tak tahu. bagi yang dah mohon bagus la :). ni aku share untuk peringkat diploma ke ijazah sarjana muda. untuk penerapan peringkat lain maybe sama je proses nya.
Tarikh Permohonan : 14 Januari 2013 - 31 Mac 2013
* PERMOHONAN PENERAPAN ADALAH UNTUK PELAJAR UiTM SAHAJA *
(1) Beli nombor slip BSN
Boleh beli dekat kaunter atau melalui mesin ATM. aku beli melalui kaunter je sebab macam leceh je guna mesin ATM nak tekan itu ini. kut salah tekan ke. cakap kat abang/akak kaunter tu nak beli nombor slip untuk penerapan semester akhir diploma ke sarjana muda. pergi Bank Simpanan Nasional taw. jangan silap bank pulak. kadar bayaran adalah sebanyak MYR 10.00. lepas dapat slip tu, pasti kan semua maklumat betul.
(2) Pilihan kursus ( 4 Pilihan )
Untuk penerapan UiTM ada 4 pilihan kena isi. tak macam UPU yang ada 8 pilihan. so, make sure course pilihan anda menepati syarat minimum. if not, for sure you're not qualified for that course. then, you already wasted one choice. pilih berdasarkan minat dan kemampuan. tak tahu nak pilih course apa? tekan sini : Pilihan Kursus & Syarat Kemasukan
(3) Online Application
After decide nak ambil course yang mana, next step is to apply online and fill up the form. aku apply through student portal uitm. first, login and tekan Application For Continuation of Studies. pilih link Program Ijazah Sarjana Muda. nanti akan keluar macam ni. isi no BSN dan tekan masuk.
(4) Isi maklumat
Ada beberapa maklumat yang awak kena isi. example : result SPM, no giliran SPM, kokurikulum masa sekolah menengah dulu, gaji mak abah and few things. sebelum login make sure semua maklumat yang diperlukan ada sebab kemaskini hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja. so, isi betul betul okay?
(5) Selesaiii
lepas isi semua tu, tekan hantar and done! kalau lepas hantar data tu semua, rasa nak tukar apa apa maklumat ke, nak tukar kursus pilihan ke boleh je login balik pakai no BSN yang sama. dah settle semua tu, just tunggu result.
that's all. assalamualaikum.
useful link :
http://online.uitm.edu.my/degree.cfm
http://online.uitm.edu.my/doc/Poster%202013.pdf
http://online.uitm.edu.my/index.cfm
http://esyarat.uitm.edu.my/
No comments:
Post a Comment