Sunday, 20 January 2013

DIPLOMA IN SCIENCE

course outline from semester 1 until semester 6


Lepas SPM 2009, alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar ke IPTA. Dapat my 4th choice, which is Diploma In Science (AS120) dekat Universiti Teknologi MARA Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Course ni makan masa lebih kurang 3 tahun iaitu 6 semester. Lama ke? Tak pun. Pejam celik je 3 tahun tu sebenarnya. Sekarang ni aku dah final year. Belum grad lagi, belum final exam lagi, tapi dah rindu nak tinggal kan UiTM Negeri Sembilan yang terchentaaaa ni. (*nangis-teresak-esak)

ok, cukup.

yang kat atas tu adalah course outline atau pun study plan sepanjang 6 semester untuk course ini. 
no 1 - no 7 : semester pertama
no 8 - no 14 : semester ke-dua
no 15 - no 21 : semester ke-tiga
no 22 - no 26 : semester ke-empat
no 27 - no 31 : semester ke-lima
no 32 - no 35 : semester ke-enam 

Macam yang korang nampak, semester 1 sampai semester 3 kena ambil banyak subjek. Ini campur sekali subjek koku code HBU 111/121/131. Bagi yang dah masuk PLKN you all akan dapat pengecualian kredit ( atau lebih glamer dipanggil dgn singkatan PC ). Sem 1 je dapat PC. Sem 2 dengan sem 3 kalau tak silap kena join jugak aktiviti koku. Tak pasti. 

Memandangkan aku tak dapat PLKN, aku masuk la KESAT/Kesatria Negara (wajib untuk budak semester 1 yang tak dapat PC). Semester 2 aku tukar kelab Pemikiran Pemimpin Negara I/Thought of Nation Leader I sebab aku tak suka berpanas, berkawad bagai ni ( bajet puteri lilin, puihhh ). Semester 3 pulak aku sambung kelab Pemikiran Pemimpin Negara II/Thought of Nation Leader II. 

Oh, masa first time aku join kelab PPN ni aku fikir mesti ramai budak specky. Mesti kena belajar je. Aku asalkan tak kena berjemur tengah panas, aku lebih rela duduk dalam kelas. In short, i expect many nerds will join this club but i was totally wrong! Haha! The kids were awesome. 

Nasib baik dapat penasihat yang awesome gile untuk guide kitaorang. Class sangat happening, dapat buat event, dapat buat paperwork, great sharing of information all the time, always keep us update about current issue. Paling tak boleh lupa dapat buat Car Wash Event. Hahaha tension dengan basuh kereta, basuh motor yang berabad tak basuh! insiden tuala berbulu lagi. HAHAHA (*gelak-guling-guling)

Big thanks to Cik Nurfarawahidah Badruesham and also Cik Saliza Abdul Kadir. :)

cukup untuk kokurikulum, kita masuk bab akademik pula.

Semester 1 hingga semester 3

Subjek yang korang akan belajar lebih kurang macam subjek SPM je. Cuma korang akan lebih fokus ke dalam sedikit. Basic yang korang belajar masa SPM jangan lupa terus taw. Berguna time diploma nanti. Time ni lah korang kena score betul betul sebab belajar pun tak tension macam semester akhir. 

Semester 4 

Kena banyak membaca untuk semester ni. Hmmm, untuk biologi walaupun kau nampak tajuk hanya cover tumbuhan dan binatang sahaja akan tetapi, untuk topic tumbuhan sahaja ada pelbagai cabang begitu juga sebaliknya. (apa-poyo-sangat-ayat-aku-ni) Disebabkan banyak topic dan juga sub topic, sila sediakan mental yang kuat untuk quiz atau test. Lagi lagi kalau dapat lecturer yang tak bagi hint langsung topic apa yang akan keluar untuk test, makanya aku study semuaaa topic. Last last yang masuk test hanya dua topic sahaja. bila ingat balik sedih betul time tu. T.T

Semester 5

Korang akan diberi pilihan sama ada untuk pilih Laluan Akademik atau Laluan Kerjaya. 

Laluan Akademik
kalau nak sambung Degree ambil laluan ini. 
CGPA kena melebihi 2.75 untuk ambil laluan ini. 
terbahagi kepada dua.

Laluan Akademik 1 ( major Biology )
Laluan Akademik 2 ( major Physics )

Beza antara kedua nya adalah untuk mereka yang ambil major biology masa part 5, mereka kena ambil subjek tambahan BIO320 ( kod baru) dan pengecualian untuk subjek PHY351. Dan sebalik nya untuk pelajar major in physics, wajib untuk mengambil subjek PHY351 dan pengecualian untuk BIO320. So, pilih la mana mana yang sesuai dengan minat.

Laluan Kerjaya :
kalau nak terus kerja lepas Diploma ambil laluan ini.
untuk laluan ini, nak sambung Degree pun boleh.

mereka yang pilih Laluan Kerjaya ni akan belajar subjek yang berkaitan dengan kerja. 
banyak pakej elektif yang ditawarkan untuk Laluan Kerjaya ni.  
korang boleh pilih mana mana pakej yang korang rasa sesuai.
antaranya pengurusan perniagaan, sains komputer, pengajian am dan lain lain. 

Semester 5 juga akan ada subjek ENT300. Subjek keusahawanan. Belajar pasal basic in business.
Kita akan diberi satu projek berkumpulan dimana kita kena reka satu produk atau jenis perniagaan yang lain dari yang ada sekarang. Korang akan kena cari nama syarikat, buat business proposal, buat logo, dan macam macam lagi lah. Group aku reka product terbaru. Memang takde kat pasaran ni hah. Idea tu aku yang cadangkan. Tak sangka pula group members setuju dengan idea aku tu. ( bangga kejap ~) Untuk subjek Biology kod BIO300 korang akan buat mini thesis. No final paper for this code. Sila beri tumpuan sepenuhnya pada mini thesis, assignment, presentation, etc. 

Semester 6

Untuk final year, ada 4 subjek je yang kena ambil dan final exam cuma ada 3 paper je. final paper CHM260, CHM361 and BIO320. Untuk paper PHY360 takde final paper tapi kena buat projek. Markah untuk code PHY360 adalah 100% based on assessment, project, lab work, quizzes and test. Projek Physic ni secara berkumpulan, akan ada presentation/viva depan lecturer and depan classmate. Nak markah lebih bawa sekali prototype, inshaallah boleh dapat markah untuk kreativiti. Semua depends on lecturer. Apa apa tanya lecturer dulu. Lain lecturer lain gaya nya :)

batch we all adalah first batch yang menggunakan sistem OBE.
so, apa yang aku terang kan ni adalah based on OBE system. 

*maaf kalau ada tersilap bagi informasi*

till then, assalamualaikum. 


5 comments:

  1. Akak, saye pun dip sains jugak sem 6. Akak buat project ape ea sem 6 physic? Kite buntu la. Takde tajuk.

    ReplyDelete
  2. Akak, nak tanye! Sem 6 physic project . Akak buat pasal ape ea? Takde idea lah kak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Hana Hafizah,

    Akak buat pasal wind turbine. Study beza speed based on their size, design and number of blades. Pilih tajuk yg senang je hehehe

    ReplyDelete
  4. asslm kak. nak tanya, thought of nation leaders tu aktiviti nya apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Aktiviti bergantung kepada penasihat dan pelajar sendiri. Contoh aktiviti yang kami buat:

      - carwash amal
      - melawat muzium
      - pembentangan
      - cara buat kertas kerja
      - etc

      Delete