Thursday, 3 January 2013

UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan

assalamualaikum & hai !!

Ohoooi, hari ini aku terlebih rajin. Jadi, marilah kita mengenali tempat pengajian aku selama 3 tahun ini, iaitu UiTM Kopilah ataupun lebih sopan dipanggil Kuala Pilah. UiTM ini terletak di Negeri Sembilan. Ada dua kampus iaitu Melang dan Beting (dengar kata ada kampus baru dekat Seremban). Jarak antara Kuala Pilah ke Seremban adalah lebih kurang 1 jam kalau naik bas.

Aku duduk kampus Beting.

Beting ni pendalaman sikit tempatnya. Jalan pun penuh dengan bom tanah aka tahi lembu. Jalan kat sini kena hati-hati sikit bila malam agak bahaya la sebab lampu jalan tak banyak, kadang ada lembu melintas, kadang ada ba alif ba ya melintas, bahaya tu. Silap hari boleh excident.

Shopping mall yang paling top kat sini Gedung Sri Minang dan Econsave. Kau mampooo. Hahaha. Giant pun ada. Tapi dalam pembinaan. Dulu masa aku sampai sini rasa nak meraung je. Keliling hutan, banyak lembu, kedai pun banyak yang tutup walaupun masih pukul 3 petang. Senang cakap macam takde life langsung tempat ni. Macam pekan mati.

Tapi, dah lama duduk sini, makin sayang pula aku kat UiTM Boting ni. Hahaha. Sebab nya?

Meh sini, aku cerita.

FIRST,

Kalau nak tahu jarak antara fakulti dengan kolej dekat je. Majoriti budak yang duduk kolej ni jalan kaki je pergi kuliah. Dalam 5 minit sampai kalau jalan kedek kedek. 3 minit sampai kalau jalan full speed. (kajian dilakukan berdasarkan kelajuan kaki aku). Haa, dekat tak? Ada member aku UiTM kampus lain & Uni lain merungut sebab jarak kolej dengan kampus jauh. So, aku bersyukur aku dapat duduk kolej sampai habis pengajian. Tak payah nak fikir soal transport atau rumah sewa.

SECOND,

Suasana kat tempat ni tenang sangat. Sesuai untuk belajar dan sesuai juga untuk aku yang tak suka bising ni. Kalau rasa tension, boleh tengok pokok-pokok dekat sekeliling tu mesti rasa best je (rasa bosan sebenarnya, hahaha). Lagi lagi pokok kat belakang kolej. Nak layan perasaan kat situ pun boleh.

THIRD,

One more thing, kat Beting, Kuala Pilah ni, dia punya cuaca kadang sejuk kadang panas. Kalau kena time sejuk tu pagi pagi memang mengigil. Dah boleh di panggil Beting Highland. Time subuh nak ambil wuduk pun boleh terketar. Bayang kan la sejuk nya. Silap haribulan ada yang pergi kelas tak mandi. Hahaha.

Tapi yang hairannya room-mate aku boleh pula mandi pukul 4-5 pagi. 
Adakah daku seorang saja yang rasa sejuk-menggigil-tahap-cipan?

Kalau time musim panas, ha kau, macam cacing kena jemur bawah matahari. Even duduk dalam bilik tutup langsir pun still rasa bahang. Hujan pun seminggu sekali. Jarang sangat hujan turun kat Pilah ni.




LAST,

Sini kediaman pelajar menggunakan konsep apartment. Bukan dorm. ( ini paling aku suka ). Satu blok ada 5 tingkat. Setiap tingkat ada 8 buah rumah. 1 rumah ada 3 bilik, 1 ruang tamu dan 3 bilik air. 1 bilik ada 2 orang je!! Best woo.. masa daftar dulu aku ingat kena duduk dorm yang macam kat asrama tu. Aku tak suka sebab dah pernah rasa macam mana duduk dorm walaupun aku bukan pelajar asrama.

Oh ye, bagi pelajar diploma semester 1 confirm la dapat bilik free-II je. Pelajar semester 2 dan ke atas, korang kena aktif dalam aktiviti kolej untuk duduk di kolej bagi semester depan. Kalau rasa malas nak duduk kolej dipersilakan lah jangan pergi mana mana aktiviti, InshaAllah semester depan korang dapat duduk luar.

guess which one is mine?


2 comments:

  1. Assalamualaikum..Saya Ami bekas pelajar POLIPD..Ada 'plan' nk meniaga dalam Uitm KP dlm bidang percetakan. Mohon pendapat dari aness ok ke x nk wt 'printing' & 'photostat'.Kt area mne plg ok ye klu nk wt. Klu x keberatan boleh x ws bgi pape idea or pendapat berkenaan ni..heee

    ami : 019 2588 254

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Pada pendapat sy, biz printing dan photostat dlm kawasan uitm inshaAllah boleh dtg kan keuntungan.

      Nak tambah lagi, lebih baik kalau Ami ada buat service hard bound untuk thesis sbb dkat uitmkp ada student degree. Pengalaman sy dulu, pusat printing dlm kwsan uitmkp takde buat service ni so kami hantar thesis utk hard bound jauh ke serdang. 😅 Tapi sy tak tahu la sekarang printing dia ada buat service ni atau tidak. Better ami rujuk kat sana dulu.

      Harap membantu.

      Delete