Friday, 5 December 2014

Semester 2 : Mental Breakdown

assalamualaikum !

Aku sakit hati tengok jadual hari isnin dengan selasa untuk semester dua ni. Gongak sana sini macam tuan dia jugak. Jumaat kelas sampai pukul 6. Memang takde chance la nak balik rumah tiap minggu. Huaaaaa *nangisgolekgolek*

jadual cantik credit to Lumos!! :)
Subjek-subjek yang aku ambil semester ni :

  • EVT471 - Occupational Safety & Health
  • ELC500 - English For Academic Reading
  • CTU 555 - Malaysian History
  • MGT400 - Introduction to Management
  • CHM572 - Polymer Chemistry
  • CHM574 - Inorganic Chemistry II
  • CHM556 - Organic Chemistry II

First class untuk minggu pendaftaran pelajar adalah kelas OSHA (EVT471). Kiteorang dapat lecturer yang happening dan kelako untuk subjek ni, so memang tak ngantuk la time lecture tu. Sambil dia mengajar tu dia ada bercerita jugak. Dia ada cerita pasal life dia sepanjang dia belajar kat uni dan cerita pasal pengalaman kerja kawan kawan dia dalam bidang industri. Basicly OSHA ni pasal keselamatan & persekitaran tempat kerja & spesifikasi kerja yang perlu dititik berat oleh majikan dan juga pekerja. 

Subjek lain macam biasa je. Yang paling tough CHM556. Phewww nangis beb. Dapat lecturer yang mengajar tahap dewa-dewa sedangkan aku ni cuma bilis-bilis je. Merangkak juga la nak memahamkan sub topic subjek ni. Sebab nya aku dari Diploma Sains dapat Pengecualian Credit (PC) untuk Organic Chemistry I. Memang best dapat PC, aku dapat pendekkan tahun pengajian tapi haa, amik kau! Nak kena throwback balik subjek Orga Chem I dua tahun lepas acano tuu? 

Semester yang penuh pancaroba dengan perangai lecturer. Haha. Lecturer english yang lupa nak belanja kiteorang KFC, ustaz CTU yang sweet macam abah-abah tapi mulut jenis ketapi (non stop talking!) , Dr yang megajar management ibarat dalam kelas ELC, Madam yang cuti sakit sebab kaki bengkak sebab sepak sampah kat rumah, Prof tahap jusasi mengajar anak ikan bilis Organic Chemistry II, dan Prof yang sering kali campak duster ke bawah lepastu cari balik lepastu campak balik! hahaha 

 Prof Sidik Silong

Polymer Chemistry lab partner

The whole polymer class dekat lab Shah Alam :)

No comments:

Post a Comment