Semester baru bermula dengan pendaftaran kursus as usual. Semester ni aku ambil 8 subjek sebab konon nya semester hadapan nak fokus defense proposal untuk final year project. Sementara tengah cuti sem ni dan tengah tunggu masuk tempat praktikal, aku dengan rajin nya nak bercerita mengenai subjek yang aku ambil sem lepas.
- EVT 472 - Environmental Management System (EMS)
- FIN 401 - Introduction to Financial
- TMC 401 - Introductory to Mandarin-Level 1
- ELC 550 - English for Academic Writing
- CHM 580 - Spectrochemical Method for Analysis
- CHM 576 - Environmental Chemistry
- CHM 622 - Organic Spectroscopy
- CHM 678 - Materials Chemistry
Menangis aku tengok subjek-subjek sem ni. Mampu ke aku nak bawa semua subjek dengan jayanya. Ewahhh, gituwww. Untuk subjek EVT 472, kami diberi tugasan untuk pergi site visit ke kilang-kilang industri yang mempunyai pensijilan ISO14001. Setiap group dibahagikan kepada tujuh orang. Azni, Amirah, Farah, Iffa, Hidayah dan Alhamdulillah, rezeki kami dapat pergi site visit sebelum cuti mid semester. Kami pergi ke syarikat Nippon Wiper Blade (NWB) di Senawang. Interview berlangsung dalam sejam, lepas tu kami melawat tapak kilang yang berkaitan dengan prosedur keselamatan.
Untuk subjek Mandarin, kami ditugaskan untuk membuat satu drama dengan durasi 15 minit dalam bahasa Mandarin. Can you imagine how we speak in Mandarin?! Hahaha cakap melayu pun tatabahasa tunggang -langgang. Nanti aku bagi link untuk video Mandarin kiteorang. Kalau nak tengok la, tak nak pun takpe. Takde paksaan. Ehekkk.
Killer subjek untuk sem ni adalah CHM580. Fuhhh, menangis. Banyak membaca, lebih kurang macam subjek CHM510 yang aku ambil sem lepas. Subjek CHM576 ni pada aku agak menarik sebab pasal environment, Pasal air, udara, sisa buangan, dll. Benda yang ada disekeliling kau. Subjek CHM622 dengan CHM678 agak tough tapi alhamdulillah la boleh bawak lagi setakat ni. Cuma banyak benda nak kena belajar, Huwaaa.
Sem ni banyak dugaan dari segi mental. First time belajar Mandarin. Huhu, ingat senang nak score setiap test Mandarin? Belajar CHM678 yang banyak pemahaman subjek fizik (i don't like physic). Sem ni kena kejar potential supervisor untuk final year project I sem handapan. Kena bincang tajuk projek, chemical & apparatus yang akan digunakan. Fuhhh.
Sem ni jugak la kena hantar surat sana sini mohon tempat praktikal. Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa nak urus semua benda dalam satu masa. Tapi tu semua dah lepas, lagi 3 hari lagi aku akan masuk praktikal. Dup dap dup dap. Wish me luck dekat tempat praktikal nanti yee!
See yaa!~
No comments:
Post a Comment