Sementara tengah free ni, aku nak tulis entry mengenai subjek-subjek yang aku ambil semester lepas.
- CHM 624 - Advanced Organic Chemistry
- CHM 674 - Advanced Electrochemistry
- CHM 676 - Organometallic Chemistry
- TMC 451 - Introductory Mandarin Level II
- HRM 533 - Introduction to Human Resource Management
- FSG 611 - Research Project I
- FSG 600 - Industrial Training
Semester lepas adalah semester yang agak kelam kelibut bagi aku. Mana tak nya nak kena hadap defense thesis proposal and also presentation latihan industri. Yang pasal latihan industri tu aku dah habis cerita kat entry lepas, so malas nak gebang lagi, cerita dah basi. Hahaha.
..
.
Defense thesis proposal kami kena sediakan report proposal dan juga kena siapkan slide untuk presentation. Walaupun hanya sekadar report proposal sahaja, tapi dia punya payah nak siapkan tu macam kau buat thesis tahu tak, Format paling penting. Alangkan kau terlebih header/footer 1 cm pun dia tolak mentah-mentah beb. Siap ukur pakai pembaris lagi, Tu yang paling takleh blah. Paragraph kena tahu spacing berapa. Front page format macam mana. Hatta sekecik-kecik kuman pun dia boleh perasan. Padahal lupa letak titik jeee. Nanti aku akan buat entry lain pasal research project. Tatap lah dulu gambar-gambar gembira lepas habis presentation.
Subjek mandarin semester 4 lebih advance sikit dari semester lepas. Banyak belajar perkataan baru. Video yang kami buat semester ni berkisar mengenai penculikan. Hurmmm. Subjek CHM 674 best sebab dapat pensyarah yang sangat sporting, Miss Nadia. Untuk makmal kiteorang kena ke UiTM Jengka, tak dapat jalan mana pun kat jengka :'( sebab duduk dalam makmal je dah sampai ke petang.
![]() |
Bajet konon tinggi sangat diri belakang |
Subjek HRM 533 kiteorang kena buat site visit ke mana-mana company untuk tanya mengenai human resource. So kami berempat aku, mira, zamir and farah agreed untuk visit Petrosains. Asal nya nak pergi hujung minggu macam tu so lepas lawatan dorang boleh balik rumah masing-masing. Tapi masalahnya aku malas and tak tahu nak naik bas dekat TBS tuu. Huwaaa. Wehhh sepanjang hidup aku pernah naik bas sorang-sorang pergi Seremban lepas tu ke Muar je weh. Masa awal-awal dulu aku naik dengan kawan. Lepas 4/5 kali baru berani naik sorang. T.T Lepas discuss semua, dorang dengan baik hati nya nak pergi on hari Jumaat then balik semula ke Pilah, Alaaaaa, sayang korang la macam niii. Hahaha.
Subjek yang lain tu macam biasa jee. Semester ni banyak benda nak kena setel kan dengan masa yang singkat. Report latihan industri, report defense proposal, presentation itu ini lagi. Memang tak menang tangan nak habiskan semua tu. Huhuhu tapi..
.
.
.
Alhamdulillah. All hard work pay off. :) It's just a complicated life but at the end you just have to get through it. So, go with style and proud.
.
.
.
k, babai.
.
.
.
Alhamdulillah. All hard work pay off. :) It's just a complicated life but at the end you just have to get through it. So, go with style and proud.
.
.
.
k, babai.
No comments:
Post a Comment