Sunday, 1 February 2015

Latihan Industri..ohhh..Latihan Industri

assalamualaikum :) tak jawab dosa, jawab sayang

rasa macam sekejap je cuti semester kali ni. habis je final exam haritu, aku goyang kaki kat uma dalam dua tiga hari, lepas tu baru kelam kabut cari tempat praktikal untuk cuti semester depan. sebelum cuti lagi dah kelam kabut sebenarnya, tapi masa tu tengah mood final exam so aku pun macam..lantak ah. kasi aku setel jawab paper dulu. kang tak pasal nanti LI ke mana paper exam ke mana. 



sementara ada masa senggang ni dari dok goyang kaki, aku usha usha tempat praktikal. memandangkan ni first time aku kena cari tempat praktikal, agak blur jugak masa mula mula tu. tak tahu nak start dari mana, nak cari kat mana, nak tanya kat siapa, etc... yela, dengar cerita dari member yang dah pernah praktikal time diploma dulu, mereka di beri senarai tempat praktikal, tinggal pilih nak masuk yang mana dan hantar sendiri permohonan. bila time degree ni lain pulak, independent sangat rasanya.

phewww.

ok, meh sini nak cerita proses cari tempat praktikal.

USHA

Bukan usha awek tapi usha dalam konteks ni bermaksud tanya mama papa uncle auntie mengenai tempat praktikal. Kot-kot dorang ada kenalan dalam industri ke atau suggest korang tempat mana yang sesuai untuk praktikal. Selain tu boleh tanya pakcik gugel. Macam-macam senarai industri yang keluar. Tinggal pilih je. Kau pilih dalam 10 tempat berlainan, lepastu kau shortlist kan senarai tempat yang kau betul-betul nak dalam 5 tempat gitu. Yang lagi 5 tempat tu sebagai back-up.

in case, kalau ada yang blur tak tahu company apa yang sediakan tempat untuk praktikal, pergi kat link yang aku bagi bawah ni. kot kot ada yang tersangkut ke. harap membantu.


DAH CARI, PASTU BUAT APA?

Haa, lepas dah dapat alamat, no phone dan sebagainya kau kena la berhubung dengan PIC (Person In Charge) untuk menyatakan yang kau nak memohon tempat menjalani latihan industri. Antara medium yang boleh digunakan adalah call, email atau jumpa direct terus ke pihak pengurusan.

Kena tanya dulu pihak pengurusan kekosongan untuk praktikal. Kadang ada yang dah penuh, ada yang tak ambil student atau ada yang ambil pelajar praktikal berdasarkan pointer. Dokumen seperti surat rasmi dari pihak universiti, transkrip (jika diminta), pelan pengajian (jika diminta) dan resume perlu disediakan untuk memudahkan kedua belah pihak.

DAH MOHON, PASTU?

Ok, biasa nya kita akan call dulu. Lepas tu jika ada kekosongan baru email segala dokumen yang diminta. Proses nak tunggu respon ni ada yang lama dan ada yang sekejap. Apa yang penting adalah kerajinan kau untuk follow-up setiap satu permohonan yang kau minta. Pensyarah aku nasihatkan untuk follow-up setiap minggu. Kalau kau dah call pihak industri dan dia cakap permohonan belum masuk meeting dan dia suruh kau call lagi 2 atau 3 minggu, tu kau kena tunggu la. Ikut kesesuaian pihak industri jugak. 

DAH FOLLOW-UP, TAPI TAK DAPAT JAWAPAN, ACANE TUU?

Yang ni aku akan update lain entry yee. Hahaha sebab den pun masih menunggu ni.
:p

8 comments:

  1. thanks aniss.. paen sem ni praktikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome paen :) paen praktikal kat mana sem ni?

      Delete
  2. thanks anis. anis dapaat praktikal dekat mana ? mohon share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kite dapat praktikal dekat Pathlab :)

      http://anessadnan.blogspot.my/2015/09/latihan-industri-new-experience.html

      Delete
  3. Waalaikumsalam aness..sy syasya dari uitm kk,,aness ada ka contact number yg urus pelajar prktikal d uitm rembau atau kuala pilah...kalau ada wasap la sy 0139953916...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf awak, saya takde contact no yg urus pelajar praktikal.

      Mungkin awak boleh try call HEA UiTM Kuala Pilah +(606)-4832100 untuk pertanyaan lanjut.

      Harap membantu :)

      Delete
  4. Assalamualaikum .nak tanya ,ada tak tempat praktikal yang sediakan tempat tinggal ?

    ReplyDelete