Friday, 6 November 2015

Latihan Industri - The Presentation

assalamualaikum :)

Dah seminggu tak cukup tidur. Minggu lepas penuh dengan test, assignment, nak hantar draft final year project dengan presentation latihan industri lagi. Aduh, macam tak cukup masa sangat rasa nya. Semua benda nak kena rushing. Pening laa iolsss.

.
.

Khamis semalam adalah hari yang ditetapkan untuk pembentangan poster latihan industri. Nak share cerita sikit pasal pembentangan poster semalam. Pembentangan poster dinilai dari segi gaya bahasa, keyakinan diri, kelancaran bertutur, cara berpakaian, design poster dan sebagainya. 

Masa pembentangan bermula pukul 10 pagi. Ada 3 sesi.
Sesi pertama, semua pelajar akan dinilai oleh para pensyarah.
Sesi ke-2, 30 pelajar yang berjaya akan dinilai oleh para pensyarah dan juga pihak industri.
Sesi ke-3, 6 pelajar terbaik akan membentangkan poster di festival sains pada 17 Nov. 

Macam yang korang tahu (rujuk post sebelum), latihan industri aku lebih ke arah bidang biologi. So, agak berdebar gak ah kan bila tiba masa nak present tu. Terfikir lulus ke tak aku nanti. Sebab aku akan present benda yang aku tak belajar pun masa degree ni. Masa diploma dengan SPM dulu tu adalah belajar. Tapi masa degree ni aku ambil kos kimia kot, haa tetiba je nak present pasal biologi, what do you expect. Hahaha.

.
.

Awal-awal aku dah siapkan teks, dah praktis present depan cermin. Kalau kena hentam ke apa, at least aku dah sedia awal-awal takde lah nak gelabah katak sangat. Ehem, masa kena present depan kelas takde la pulak nak sedia skrip praktis bagai macam ni hahaha.

.
.  

Esok pagi nya dengan bismillah dan tawakal, aku tempek je poster aku tu. Dah la aku dapat barisan yang depan sekali. Nasib baik penilai datang ke meja pembentangan tak ikut barisan tapi ikut suka hati dia. Hahaha. Lega sikit kat situ. Sementara tengok kawan yang lain kena nilai dulu aku dok hafal skrip. Takut terlepas point-point penting. Bila dah bosan menunggu penilai tak kunjung tiba di meja aku, apalagi dok kacau la orang lain punya meja. 


Pose menjoyah sangat aku. 

Mira dipaksa untuk ambil gambar ni, Haha, Time kasih ip6. :D

Untuk sesi pertama, pensyarah yang menilai aku ialah Madam. Aku rasa aku dapat bentang dengan agak baik, dapat jawab soalan yang dia tanya tapi dari segi percakapan aku tak lancar sangat. Berterabur jugak english aku beb. Sikit2 jeling skrip sebab lupa point. Haha yang penting konfiden.

.
.

Untuk sesi kedua, yang aku tak sangka-sangka, aku berjaya lepas. Alhamdulillah. Orang industri dari Agensi Nuklear dan juga MARDI datang menilai pembentangan aku. Aku agak puas hati dengan cara pembentangan aku sebab english aku agak lancar kat sesi kedua berbanding masa sesi pertama tu. Yela, konon nya dah ada konfiden gitu. Penilai pun agak tertarik dengan latihan industri aku. Masa dorang tengok meja pembentangan aku ni, boleh pulak cakap aku jual ubat. Alahai. Hahaha.

Meja pembentangan. Ada macam booth jual ubat ka incik?
Majlis habis dalam pukul 12 tengah hari. Lepas tu ada start semula pada pukul 2 petang untuk tahu siapa yang layak untuk ke sesi ketiga iaitu pembentangan di Festival Sains nanti. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan dari timbalan rektor Dr. Norlida. Lepas tu pengumuman pemenang untuk pembentang terbaik. Orang pertama yang diumumkan adalah...

Aku dohhhh.
Aku tak terfikir langsung pun nak jadi pembentang terbaik. Masa dia umumkan tu pun, aku tak bangun. Dua kali dia umumkan baru aku bangun untuk ambil sijil dan wang saguhati. Gila terkejut aku. Dah la tengah layan ngantuk, ha kau sekali nama aku naik. Nama first pulak tu.

.
.

Moment paling lawak aku rasa setakat ni. Tengok kawan semua pandang aku dengan muka terkejut sambil tepuk tangan and aku pulak macam 'Korang pehal pandang-pandang aku gitu'. Rupanya nama aku kena panggil. Hahaha.

.
.

Tak sangka gila wehhh. Mana tak nya, aku sedar diri yang latihan industri aku bukan dekat tempat gempak mana pun. Alaaa setakat klinik patologi, sapa yang pandang weh. Aku pun akan pandang sebelah mata. Hahaha. Projek pun takde. Setakat daily routine je, apa yang boleh bangga kan sangat pun.

.
.

Tapi alhamdulillah rezeki. Aku anggap ini sebagai habuan aku sebab datang-kerja-tak-pernah-amik-MC-sebab-eksaited-dapat-kerja-walaupun-sekadar-internship, Harap dapat membantu aku untuk aku cari kerja esok-esok nanti. Segala penat, ngantuk, nervous hilang macam tu je dengan sedikit penghargaan ni.

.
.

Terima kasih sangat pada semua yang membantu :)

.
.

Alhamdulillah. 


2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya ada soalan, jam kredit LI utk degree ni termasuk dlm jumlah jam kredit semester sebelum cuti kan. Cth saya ambil 23 jam kredit termasuk LI utk semester 3, dan result semester 3 keluar semasa saya sdg LI. Jam kredit LI tu termasuk dlm kiraan pointer semester 3 saya ke mcmana ye? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam nurul adibah,

      Pengalaman saya, pada semester 3 saya kena cari tempat LI dan menjalani LI pada waktu cuti sebaik shj tamat semester 3. Naik sahaja cuti iaitu pd semester 4 saya kena sedia untuk pembentangan dan report pada yg akan menentukan samada saya gagal atau lulus.

      So, saya daftar kursus LI ni pada semester 4 dan jam kredit LI pun termasuk dalam pointer semester 4.

      Untuk soalan awak, saya rasa kiraan pointer termasuk dalam semester 4 selepas awak habis LI tu.

      Harap membantu :)

      Delete